Piagam Pelanggan Pejabat Pelajaran Daerah Setiu.
Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah setiu dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan memupuk seluruh tenaga dan usaha kami Untuk…….
~Memastikan sistem pendidikan yang terdapat di daerah ini akan memenuhi matlamat Kementerian Palajaran Malaysia.
~Memastikan kanak-kanak dalam daerah ini akan memenuhi institusi persekolahan bermula dari pra sekolah hingga ke tahap menengah
~Memastikan semua sekolah akan memperolehi staff guru dan bukan guru yang cukup sebagaimana perjawatan.
~Memastikan semua staff adalah berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab, produktif serta sentiasa ceria dalam melaksanakan tugas harian.
~Memastikan kehendak-kehendak Kementerian Pelajaran, masyarakat, guru serta murid dapat dilaksanakan dengan baik serta bijaksana.
~ Memastikan segala maklumat terkini mengenai pendidikan dapat disebar dengan cepat, cekap dan betul.
~Memastikan segala pendapat, cadangan serta teguran yang membina dapat dilayan dengan segera.
Sekiranya anda kurang puashati dengan layanan kami, sila hubungi :
Pengarah Pelajaran terengganu
Jabatan Pelajaran Terengganu
20604 Kuala terengganu.
No. Telefon : 609-6244500
: 609-6221500